Wednesday, March 25, 2009

Pemilihan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO

Walaupun saya bukan ahli UMNO atau mana-mana parti politik, namun keinginan untuk mengikuti perkembangan perihal dalaman UMNO memang amat menarik minat saya. Seawal jam 9.00 malam semalam, DS Sharizat diumumkan sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru. Diikuti oleh Rosnah sebagai Ketua Puteri UMNO.

Hati terus berdebar menanti keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Hanya selepas jam 11.00 malam barulah keputusan diumumkan. Sebelum pengumuman, dikaca TV riak wajah YB Khairy Jamaluddin memaparkan senyuman dan ini sekali gus menjelaskan siapa bakal penyandangnya. Walau banyak kontravesi menyelubungi YB Khairy, itu semua tidak mampu mengekang kemaraannya. Tahniah.

Dan tahniah juga kepada DS Sharizat dan YB Rosnah atas kemenangan mereka. Kemenangan ini bukan kemenangan siapa-siapa, cuma merupakan proses mengofficialkan siapa yang di pertanggungjawabkan untuk memikul beban yang berat ini.

Semoga selepas ini semua ahli dan anggota Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO bersama mengembeleng tenaga untuk memastikan kesinambungan UMNO di persada politik tanah air serta gah di peringkat antarabangsa.

Politik Di Malaysia

Haru .... saban hari kita dihidangkan dengan pergolakan politik dan pertelingkahan sesama kita. Tidak kiralah samada kita ini Melayu, Cina atau pun India. Sepatutnya kita mengambil iktibar akan kejadian malang dan trajis yang terjadi di negara luar, yang mana ... akibat perebutan kuasa di antara pemimpinnya menyebabkan penderitaan yang bukan kepalang terhadap rakyatnya.

Bukankah sepatutnya para pemimpin ini berkerja keras untuk memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kekayaan dalam negara terus terjamin.

Semoga para pemimpin ini segera sedar dan kembali pada perjuangan yang asal dan bukannya saling berebut kuasa dan kekayaan bumi.